TARIKH: 5 SEPTEMBER 2025
| Program / Aktiviti / Kelas | : TINY TECHIES |
| Masa | : 8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI |
| Lokasi | : NADI KAMPUNG TANGGA PLAMAN |
| Peserta | : 3 ORANG PESERTA |
Tujuan
Melalui aktiviti hands-on seperti merancang, membina dan mengawal robot atau aplikasi, peserta digalakkan menggunakan kreativiti dan pemikiran logik untuk menyelesaikan cabaran.
Aktiviti
- Peserta belajar tentang komponen asas robot seperti sensor, motor dan mikropengawal (Arduino / micro:bit).
- Aktiviti: Memasang robot mini menggunakan kit robotik seperti Microbit
TARIKH: 7 SEPTEMBER 2025
| Program / Aktiviti / Kelas | : PROGRAM KHAS SAMBUTAN MERDEKA & HARI MALAYSIA NADI 2025 |
| Masa | : 8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI |
| Lokasi | : NADI KAMPUNG TANGGA PLAMAN |
| Peserta | : 30 ORANG PESERTA |
Tujuan
Tujuan program ini dilakukan Adalah untuk menyemarakkan suasana kemerdekaan bersama komuniti.
Aktiviti
Sepanjang program ini dijalankan, antara aktiviti yang dilakukan Adalah pertandingan mewarna, saringan Kesihatan, pertandingan sandwich Merdeka dikalangan peserta MAHIR & tayangan dokumentari bersama peserta.
TARIKH: 9 SEPTEMBER 2025
| Program / Aktiviti / Kelas | : PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT DI KAMPUNG DANAU KERANGGAS MELIKIN |
| Masa | : 8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI |
| Lokasi | : KAMPUNG DANAU KERANGGAS MELIKIN |
| Peserta | : 122 ORANG PESERTA |
Tujuan
Tujuan Kempen Internet Selamat adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna, khususnya pelajar dan remaja, tentang penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab. Kempen ini bertujuan mendidik peserta mengenai bahaya jenayah siber, penyebaran maklumat palsu, buli siber, serta kepentingan melindungi data peribadi semasa melayari internet.
Aktiviti
Sepanjang Kempen Internet Selamat, peserta terlibat dalam aktiviti seperti kuiz digital keselamatan internet, menyebarkan info tentang inisiatif Kerajaan, saringan Kesihatan dikalangan komuniti, aktiviti simulasi mengenal pasti laman web palsu, dan permainan interaktif yang menguji pemahaman tentang etika atas talian. Mereka juga mengikuti sesi demonstrasi cara mengurus tetapan privasi di media sosial serta menyertai pertandingan mencipta mesej kesedaran atau video pendek berkaitan keselamatan internet.
TARIKH: 3 & 10 SEPTEMBER 2025
| Program / Aktiviti / Kelas | : MAHIR JAHIT |
| Masa | : 2-4 PETANG |
| Lokasi | : NADI KAMPUNG TANGGA PLAMAN |
| Peserta | : 2 ORANG PESERTA |
Tujuan
Dalam kursus MAHIR JAHIT ini, peserta akan mempelajari pelbagai teknik jahitan seperti jahitan asas sehingga ke pembuatan pakaian.
Aktiviti
Peserta juga didedahkan kepada penggunaan mesin jahit dan cara mengendalikan peralatan jahitan dengan baik. Kursus ini sesuai untuk semua peringkat, termasuk mereka yang tiada pengalaman menjahit, kerana ia menyediakan bimbingan langkah demi langkah oleh tenaga pengajar yang berpengalaman
TARIKH: 18 & 19 SEPTEMBER 2025
| Program / Aktiviti / Kelas | : NADI x KESEDARAN ( SAFE : Taklimat Pengantunan Siber SHEILD : Taklimat Berita Palsu) |
| Masa | : 3.00 PETANG – 5.00 PETANG |
| Lokasi | : NADI KG TANGGA PLAMAN |
| Peserta | : 6 ORANG PESERTA |
Tujuan
Program NADI Safe & Shield ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang ancaman perisian merbahaya serta kepentingan melindungi data peribadi. Ia memberi pendedahan mengenai langkah-langkah pencegahan serangan siber dan amalan keselamatan digital yang betul. Program ini juga menyokong usaha organisasi dalam memperkukuh keselamatan ICT dan memastikan pematuhan terhadap dasar perlindungan data.
Aktiviti
Pelaksanaan aktiviti utama NADI SAFE & SHIELD melibatkan taklimat dan bengkel seperti Taklimat Perisian Merbahaya dan Taklimat Lindungi Data Peribadi. Aktiviti ini dijalankan secara fizikal atau atas talian melalui pembentangan, soal jawab dan simulasi. Ia bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta tentang keselamatan digital serta perlindungan data peribadi.