TARIKH : 10,24 & 26 JANUARI 2026
| Program / Aktiviti / Kelas | : NADI KIDSVENTURE: PELAN PERNIAGAAN MINI 1 & 2 |
| Masa | : 9.30 PAGI – 10.30 PAGI |
| Lokasi | : NADI KAMPUNG TANGGA PLAMAN SERIAN |
| Peserta | : 3 ORANG PESERTA |
Tujuan:
Program ini bertujuan memperkenalkan asas keusahawanan kepada kanak-kanak melalui pembelajaran interaktif merangkumi perancangan perniagaan, pengurusan kewangan, operasi dan pemasaran secara mudah dan menyeronokkan.
Aktiviti:
Peserta didedahkan kepada pelan perniagaan mini bagi membantu mereka memahami idea perniagaan secara ringkas dan kreatif. Aktiviti Bijak Kewangan dilaksanakan bagi memupuk kefahaman asas berkaitan pengurusan wang, simpanan dan perbelanjaan. Peserta turut diperkenalkan kepada operasi perniagaan, termasuk cara menyediakan produk atau perkhidmatan secara teratur. Selain itu, aktiviti pemasaran kreatif dijalankan bagi melatih peserta mempromosikan produk melalui idea dan komunikasi yang mudah difahami.