Kisah Kejayaan Usahawan
Nama : Rabuyah Binti Ramlee Umur : 34 Tahun Ahli : 2018 |
Produk Kecantikan
Latar belakang
Puan Rabuyah merupakan guru KEMAS di Taska Kg Tanah Puteh, Serian, Sarawak. Walaupun beliau seorang guru tetapi beliau juga mempunyai minat dan bakat yang mendalam dalam ilmu perniagaan. Beliau terlibat dalam jualan Produk kosmetik sejak 2016. Dari situ, beliau kini telah menjadi Independent beauty consultant dengan menjual produk Mary Kay.
.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1800- RM2500 sebulan iaitu pendapatan tetap sebagai Guru Taska Kemas. Namun pendapatan tersebut hanya cukup makan kerana beliau perlu membayar sewa rumah dan pinjaman kereta. Beliau mula berjinak berniaga kecil-kecilan menjual produk Kosmetik. Kebiasaan pelanggang beliau hanya rakan sekerja, saudara-mara dan jiran-jiran. Pendapatan hasil jualan beliau sebulan hanya Rm200-rm400 sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas menggunakan ict dan mengikuti kelas yang dijalankan di PI1M, beliau dapat menggunakan microsoft office dengan baik. Selain itu, dengan adanya internet, beliau dapat menjalankan perniagaan beliau melalui atas talian sahaja iaitu melalui page facebook dan instagram beliau. Dengan itu, pendapatan bulanan hasil jualan beliau kini mencecah RM1500-RM3000. Di samping itu juga, beliau sudah ramai tarik pelanggan menjadi Beuty consultant di bawah beliau. Sekarang beliau di anugerahkan sebagai Sales Director Mary kay. Pendapatan tambahan beliau semakin bertambah.
Kisah Kejayaan Usahawan
Nama : Marrlyne Ak Bracket Umur : 29 Tahun Ahli : 2018 |
Minyak Wangi
Puan Marrlyne merupakan guru KEMAS di Taska Komuniti Kg Melayu Engkilili, Sri Aman, Sarawak. Walaupun beliau seorang guru tetapi beliau juga mempunyai minat dan bakat yang mendalam dalam ilmu perniagaan.
.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1800 sebulan iaitu pendapatan tetap sebagai Guru Taska Kemas.. Beliau mula berjinak berniaga kecil-kecilan menjual produk Kosmetik. Kebiasaan pelanggang beliau hanya rakan sekerja, saudara-mara dan jiran-jiran. Pendapatan hasil jualan beliau sebulan hanya Rm200-rm400 sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas menggunakan ict dan mengikuti kelas yang dijalankan di PI1M, beliau dapat menggunakan microsoft office dengan baik. Selain itu, dengan adanya internet, beliau dapat menjalankan perniagaan beliau melalui atas talian sahaja iaitu melalui page facebook dan instagram beliau. Dengan itu, pendapatan bulanan hasil jualan beliau kini mencecah RM500-rm1500.
Kisah Kejayaan ICT
Nama : Jamesramian Anak Jamat Umur : 22 Tahun Ahli : 2014 |
Latar belakang
Adik Jamesramian merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik. Bermula menjadi ahli PI1M pada tahun 2014 dan terus mengikuti kelas ICT di PI1M Kg Tangga Plaman. Dia merupakan seorang pelajar yang cepat belajar dan kreatif.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum penglibatan Pi1M, adik Jamesramian sudah mengetahui serba sedikit tentang penggunaan komputer Cuma belum mahir dalam penggunaan ICT seperti Microsoft Office. Sifat yang ingin belajar lebih mendalam tentang penggunaan Microsoft Office telah mendorong beliau untuk terlibat dengan aktiviti Pi1M seperti menaip dengan pantas dan kreativiti yang diperlukan untuk membuat sesuatu tugasan menggunakan Microsoft Office Powerpoint.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas mengikuti kelas ict yang dijalankan oleh petugas, kini adik Jamesramian sudah dapat menambah dan memperbaiki penggunaan ICT dengan lebih baik lagi. Disamping itu juga, beliau berpeluang menimba ilmu pengetahuan dalam penggunaan editing software, Adobe Photoshop untuk pertama kalinya. Dengan ilmu yang di pelajari, beliau semakin minat untuk mengembangkan bakat dalam bidang yang di ceburi. Penglibatan bersama Pi1M telah memberi semangat yang baru untuk beliau mendalami ilmu ICT dengan lebih banyak.