Pusat Sebaran Maklumat Digital (NADI) Kg Tangga Plaman terletak berdekatan dengan Bandar Serian di mana kampung-kampung berdekatan antaranya Kampung Tangga Mawang, Kampung Kakai, Kampung Riih, Kampung Riih Mawang, Kampung Riih Daso dan lain-lain. Menurut cerita orang-orang lama tempatan di sini, plaman bermaksud penempatan selepas berpindah dari penempatan asal atau sekumpulan dalam pergerakan manusia mencari lokasi penempatan baru. Kebanyakan penduduk kampung yang bercucuk tanam jauh dari kawasan pedalaman dari tempat asal akan tingggal di kebun dan membentuk dan membina penempatan baru. Asalnya penduduk Kampung Tangga Plaman berasal dari Kampung Tangga Mawang. Di sebabkan jarak kedua-dua kampung agak jauh penduduk di sini membentuk populasi sendiri dan akhirnya di kenali sebagai Kampung Tangga Plaman seperti sekarang.
Menurut Ketua Kampung Tangga Plaman, kampung ini telah wujud pada seawal tahun 1969 dan hanya 2 buah rumah panjang yang didirikan pada masa tersebut. Kemudahan pada masa tersebut masih tidak ada. Penduduk kampung pada masa itu masih menggunakan generator sebagai sumber elektrik dan air menggunakan air sungai. Pada seawal tahun 1987 barulah kampung ini dibekalkan bekalan elektrik sehingga sekarang ini.