mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q1 2019

 Nama : Paul Mason Anak Joseph 

Umur : 26 Tahun 

Ahli : 2019

 

Berniaga Satay, Burger Dan Kuih Muih

 

Latar belakang

 

Paul Mason merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik. Beliau merupakan seorang yang bertanggungjawab dan berdikari dari kecil selepas kematian bapa beliau. Minat terhadap perniagaan sangat mendalam di dalam diri beliau. Setelah menamatkan zaman persekolahan, beliau terus membuka bisnes kecil-kecilan burger nya pada setiap waktu petang di depan rumah beliau dengan dibantu oleh mak beliau sendiri. Dengan perniagaan tersebut, beliau dapat membantu emaknya dalam menambah pendapatan keluarganya. Di samping itu juga, beliau ada menjual satay dan kuih-muih.

 

.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI 

 

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200-RM400 sahaja sebulan.

 

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Selepas menggunakan ict dan mengikuti kelas yang dijalankan di PI, beliau dapat menggunakan microsoft office dengan baik. Selain itu, dengan adanya internet, beliau dapat menjalankan perniagaan beliau melalui atas talian sahaja iaitu melalui page facebook beliau. Melalui page facebook tersebut beliau membuat tempahan dan mempromosikan makanan yang di jual. Sekarang beliau mudah mendapat pelanggan tetap melalui page facebook. Sekarang pendapatan bulanan beliau semakin meningkat iaitu sekitar RM500-RM800 Sebulan.