mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q3 2019 ( Usahawan 1)

Nama : Pricilla Anak Kunjan

Umur : 33 tahun

Ahli : 2014 hingga kini

 

 

Latar belakang

Puan Pricilla merupakan seorang warga pendidik di SMK Serian serta mempunyai 2 orang anak. Suami beliau juga seorang warga pendidik. Walaupun masing-masing ada kerjaya sendiri, tetapi Puan Pricilla menpunyai minat yang mendalam terhadap kraftangan dan beliau juga berhasrat untuk menjual hasil kraf nya tersebut untuk menambah pendapatan mereka sekeluarga.. Dengan minat dan bakat yang ada dalam diri beliau, beliau berusaha untuk menghasilkan kraf beliau dan menjualnya dengan harga yang berpatutan.

.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM400-RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menggunakan ict dan mengikuti kelas dan program usahawan yang dijalankan di PI, beliau dapat menggunakan microsoft office dengan baik. Selain itu, dengan adanya internet, beliau dapat menjalankan perniagaan beliau melalui atas talian sahaja iaitu melalui page facebook beliau. Melalui page facebook tersebut beliau dapat mempromosikan hasil kraftangan yang telah dihasilkan. Sekarang beliau mudah mendapat pelanggan tetap melalui page facebook. Sekarang pendapatan bulanan beliau semakin meningkat iaitu sekitar RM600-RM900 Sebulan.