mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q3 2019 ( Usahawan 2 )

 Nama : Aishah Binti Ganchi 

Umur : 47 Tahun 

Ahli : 2015

 

Latar belakang

 

Puan Aishah seorang suri rumah. Beliau mempunyai 5 orang anak. Suami beliau seorang guru di sekolah rendah di sekitar Serian. Walauapun suami beliau bekerja, tetapi beliau membuat penigaaan kecil-kecilan untuk membantu suami menampung kos perbelanjaan harian mereka.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sbelum menggunakan ict, beliau hanya berniaga di hadapan rumah. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200-5000 sahaja sebulan. Sebelum mengikuti kelas dan latihan ict beliau juga tidak pernah menggunakan komputer dan berasa kekok untuk menggunakannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menggunakan ict dan mengikuti kelas yang dijalankan di PI, beliau dapat menggunakan microsoft office dengan baik. Selain itu, dengan adanya internet, beliau dapat menjalankan perniagaan beliau melalui atas talian sahaja iaitu melalui page facebook beliau. Melalui page facebook tersebut beliau membuat tempahan dan mempromosikan makanan yang di jual. Sekarang beliau mudah mendapat pelanggan tetap melalui page facebook. Selain itu juga, Kini beliau sudah mempunyai pelanggan dan ramai pelanggan menempah service catering untuk majlis-majlis. Sekarang pendapatan bulanan beliau semakin meningkat iaitu sekitar RM500-RM800 Sebulan.