Nama : vivieny Tiffany Umur : 11 tahun Ahli : 2017 hingga kini
|
Latar belakang
Adik Vivieney merupakan anak tunggal. Bermula menjadi ahli PI1M pada tahun 2017 dan terus mengikuti kelas ICT di PI Kg Tangga Plaman. Dia merupakan seorang pelajar yang cepat belajar dan kreatif.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan di PI, adik Vivieney sudah mengetahui serba sedikit tentang penggunaan komputer cuma belum mahir dalam penggunaan ICT seperti Microsoft Office. Sifat yang ingin belajar lebih mendalam tentang penggunaan Microsoft Office telah mendorong beliau untuk terlibat dengan aktiviti PI seperti menaip dengan pantas dan kreativiti yang diperlukan untuk membuat sesuatu tugasan menggunakan Microsoft Office Powerpoint.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas ict yang dijalankan oleh petugas, kini adik Vivieney sudah dapat menambah dan memperbaiki penggunaan ICT dengan lebih baik lagi. Disamping itu juga, beliau berpeluang menimba ilmu pengetahuan dalam penggunaan editing software, Adobe Photoshop untuk pertama kalinya. Dengan ilmu yang di pelajari, beliau semakin minat untuk mengembangkan bakat dalam bidang yang di ceburi. Penglibatan bersama PI telah memberi semangat yang baru untuk beliau mendalami ilmu ICT dengan lebih banyak.