mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q4 2020 (USAHAWAN 1)

Business Online(Produk Kecantikan dan Kesihatan)

Nama : Norpatimah Bint Matden

Umur : 33 tahun

Ahli : 2014 hingga kini

 

 

Latar belakang

 Puan Norpatimah merupakan seorang warga pendidik di SMK Serian. Walaupun beliau bekerja sepenuh masa sebagai seorang guru di sekolah tetapi beliau juga menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk menambah pendapatan mereka sekeluarga. Miinat beliau terhadap perniagaan atas talian ini memang mendalam dari zaman beliau bergelar pelajar.

.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300-RM450 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menggunakan ict dan mengikuti kelas dan program usahawan yang dijalankan di PI, beliau dapat menggunakan microsoft office dengan baik. Selain itu, dengan adanya internet, beliau dapat menjalankan perniagaan beliau melalui atas talian sahaja iaitu melalui page facebook beliau. Melalui page facebook tersebut beliau dapat mempromosikan produk kecantikan dan kesihatan yang beliau jual. Sekarang beliau mudah mendapat pelanggan tetap melalui page facebook. Sekarang pendapatan bulanan beliau semakin meningkat iaitu sekitar RM600-RM900 Sebulan.