mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q1 2021 (KEUSAHAWANAN 2)

MENJUAL PAKAIAN

 NAMA: AVILA ANAK JOHN

UMUR: 23 TAHUN

AHLI: 2014 SEHINGGA KINI

 

Latar belakang

Puan Avila merupakan surirumah serta mempunyai 1 orang anak. Suami beliau bekerja sebagai petani. Dengan bakat dan minat yang mendalam terhadap perniagaan, beliau mencuba untuk menjadi ejen menjual produk kecantikan seperti pencuci muka dan sabun serta shampoo jenama Faith Fleur serta Bunga Secret untuk menambah pendapatan mereka sekeluarga. Baru-baru ini, beliau juga berjinak dengan perniagaan pakaian. Beliau menggunakan kaedah online untuk mempromosikan jenis-jenis pakaian yang beliau jual.

.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM400-RM500 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas menggunakan ict dan mengikuti kelas dan program usahawan yang dijalankan di PIK, beliau dapat menggunakan microsoft office dengan baik. Selain itu, dengan adanya internet, beliau dapat menjalankan perniagaan beliau melalui atas talian sahaja iaitu melalui page facebook beliau. Melalui page facebook tersebut beliau dapat mempromosikan hasil kraftangan yang telah dihasilkan. Sekarang beliau mudah mendapat pelanggan tetap melalui page facebook. Sekarang pendapatan bulanan beliau semakin meningkat iaitu sekitar RM600-RM800 Sebulan.