LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2021
TARIKH : 9 DISEMBER 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL MICROSOFT WORD : ASAS MENAIP SURAT RASMI |
Masa |
: 2.00 petang – 4.00 petan |
Lokasi |
: PEDi Tangga Plaman |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini mengajar para peserta menaip surat menggunakan Microsoft word dan melatih para peserta mengikuti format yang betul.
Aktiviti
Aktiviti ini memberi latihan menaip dan memberi tunjuk ajar menaip mengikut format. Adanya latihan ini dapat meningkatkan kemahiran Microsoft word ini. Microsoft word sangat penting dan membantu memudahkan urusan kita.
TARIKH : 10 DISEMBER 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI (KENALI RAKAN ANDA DI FACEBOOK) |
Masa |
: 2.00 petang – 4.00 petang |
Lokasi |
: PEDi Tangga Plaman |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Bengkel advokasi yang diadakan ini bertujuan untuk menerangkan tentang keselamatan diri semasa di media sosial melalui pengenalan terhadap kenalan dimedia sosial.
Aktiviti
Petugas memberi ceramah berkenaan dengan tips untuk mengenali rakan kenalan di media sosial iaitu tips berkenalan dengan rakan – rakan baru di Facebook. Melalui ceramah ini, peserta diberikan tips supaya berhati-hati dengan kenalan yang tidak dikenali diintenet supaya tidak menjadi mangsa jenayah-jenayah siber yang sering berlaku pada masa kini. Selain itu, permainan kuiz secara online juga diadakan berkenaan dengan kempen ini secara individu oleh peserta. Para peserta diminta menjawab kuiz mengikut masa yang diberikan melalui website Wordwall.
TARIKH : 12 DISEMBER 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL MICROSOFT POWERPOINT (BASIC) |
Masa |
: 2.00 petang – 4.00 petang |
Lokasi |
: PEDi Tangga Plaman |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Memberi tunjuk ajar kepada para peserta supaya mereka mahir menggunakan Perisian Microsoft Office.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar & penerangan kepada para peserta cara membuat slide dan slide baru dengan tools yang terdapat pada ribbons Microsoft PowerPoint melalui aplikasi Whatsapp chat. Petugas merakamkan video cara membuat slide, animation & meletakkan design pada slide kemudian diberikan kepada peserta sebagai rujukan
TARIKH : 15 DISEMBER 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL ADVOKASI : CERAMAH PENIPUAN SIBER |
Masa |
: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
Lokasi |
: PEDi Tangga Plaman |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini untuk memberi kesedaran kepada para peserta tentang penipuan siber
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang penipuan siber dan tayangan video tentang penipuan siber kepada para peserta.Jenayah siber kini semakin aktiviti dan masih ramai lagi yang belum mahir mengenalpasti cara penipuan siber di internet.