KEUSAHAWANAN
Kampung Tangga Plaman mempunyai beberapa buah keusahawanan yang dimiliki oleh penduduk tempatan. Keusahawanan yang paling banyak diceburi oleh penduduk Kampung Tangga Plaman ialah bidang pertanian. Hasil Pertanian akan di komersial dan segelintirnya akan berniaga di Pasar Niaga Serian. Penduduk Kampung Tangga Plaman kebanyakan adalah petani. Antara hasil pertanian yang dihasilkan adalah lada, padi sawah, sayur-sayuran dan buah-buahan. Kebanyakan penduduk kampung Tangga Plaman menjual hasil pertanian mereka kepada perniaga-perniagan di Pasa Serian. Hasil pertanian tersebut akan diguna untuk menampung keperluan harian mereka.
Selain itu, keusahawanan dalam bidang membaiki motosikal dan kereta juga terdapat di Kampung Tangga Plaman. Terdapat 3 bengkel Motor yang ada di Tangga Plaman. Antaranya ialah Bumi Motor, Ah Seng Motor dan Chong Motor. Hal ini memudahkan penduduk kampung untuk menghantar kenderaan mereka yang rosak tanpa perlu ke bandar terdekat. Ianya sudah pasti menjimatkan kos dari segi minyak dan kos penghantaran. Selain penduduk kampung, orang luar juga ramai yang memghantar kereta dan motosikal di bengkel-bengkel yang berada di Tangga Plaman. Hal ini kerana, lokasi yang strategik menjadi tumpuan orang ramai. 3 Bengkel ini terletak di tepi jalan Serian/Tebedu. Oleh itu, orang ramai yang lalu lalang menggunakan jalan Serian/Tebedu pasti akan singgah sekiranya kenderaan mereka menghadapi masalah.
Di samping itu, terdapat juga keusahawanan dalam bidang pembuatan seperti bengkel besi, yang membuat pelbagai alat untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah rak kasut, penyidai baju, pintu pagar, stall burger dan bermacam-macam lagi. Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan dan bentuk alat yang hendak dibuat adalah mengikut citarasa masing-masing. Terdapat 2 kedai bengkel besi yang terdapat di Kampung Tangga. Kampung Tangga Plaman juga turut mempunyai usahawan dalam bidang jahitan. Ini memudahkan penduduk kampung membuat tempahan baju, terutama pada hari raya. Walau bagaimanapun, usahawan dalam bidang jahitan perlu ditambah berikutan tempahan yang begitu banyak menjelang hari raya. Selain itu, bidang penternakan juga ada di Kampung Tangga Plaman. Penduduk kampung dan orang-orang luar boleh membeli ayam untuk majlis-majlis seperti perkahwinan dan majlis rasmi. Tempahan perlu dibuat terlebih dahulu bagi memudahkan proses-proses penghantaran. Justeru, Kampung Tangga Plaman boleh menjadi pusat melahirkan usahawan yang berdaya saing, cemerlang dan berdaya maju.