mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q1 2019 ( ICT)

Nama : Nurul Afifa Abdullah

Umur : 17 tahun

Ahli : 2014 hingga kini

 

 

 

Latar belakang

Cik Nurul merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik. Bermula menjadi ahli PI1M pada tahun 2014 dan  terus mengikuti kelas ICT di PI1M Kg Tangga Plaman. Dia merupakan seorang pelajar yang cepat belajar dan kreatif.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di PI, Cik Nurul sudah mengetahui serba sedikit tentang penggunaan komputer cuma belum mahir dalam penggunaan ICT seperti Microsoft Office. Sifat yang ingin belajar lebih mendalam tentang penggunaan Microsoft Office telah mendorong beliau untuk terlibat dengan aktiviti PI seperti menaip dengan pantas dan kreativiti yang diperlukan untuk membuat sesuatu tugasan menggunakan Microsoft Office Powerpoint.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas ict yang dijalankan oleh petugas, kini Cik Nurul sudah dapat menambah dan memperbaiki penggunaan ICT dengan lebih baik lagi. Disamping itu juga, beliau berpeluang menimba ilmu pengetahuan dalam penggunaan editing software, Adobe Photoshop untuk pertama kalinya. Dengan ilmu yang di pelajari, beliau semakin minat untuk mengembangkan bakat dalam bidang yang di ceburi. Penglibatan bersama PI telah memberi semangat yang baru untuk beliau mendalami ilmu ICT dengan lebih banyak.