Nama :Nazukin Bin Ahmad Umur : 25 Tahun Ahli : 2018 |
Berniaga Ayam Penyet Dan Nasi Lemak
Latar belakang
Nazukin merupakan seorang lepasan diploma di sebuah kolej. Beliau baru sahaja menghabiskan diplomanya setahun yang lalu. Beliau minat berniaga sejak lepasan spm. Ketika itu, beliau menolong ibunya di kedai makan. Namun sekarang, beliau meneruskan minatnya dengan menjual Nasi Ayam Penyet dan Nasi lemak. Dengan perniagaan tersebut, beliau dapat menampung penbelanjaan harian sementara menunggu tawaran kerja tetap.. Beliau berniaga dari rumah. Setiap hari beliau penghantaran kepada pelanggan melalui tempahan ( COD).
.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200-RM400 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menggunakan ict dan mengikuti kelas yang dijalankan di PI, beliau dapat menggunakan microsoft office dengan baik. Selain itu, dengan adanya internet, beliau dapat menjalankan perniagaan beliau melalui atas talian sahaja iaitu melalui page facebook dan instagram beliau. Melalui page tersebut beliau membuat tempahan dan mempromosikan makanan yang di jual. Sekarang beliau mudah mendapat pelanggan tetap melalui promosi di page. Selain itu juga, beliau sekarang sudah membuat stall kecil di depan rumah pada sebelah petang untuk memudahkan pelanggan datang makan. Sekarang pendapatan bulanan beliau semakin meningkat iaitu sekitar RM500-RM800 Sebulan.