Menjual Satay
Nama : Shandy Anak Wilfred Umur : 26 tahun Ahli : 2014 hingga kini
|
Latar belakang
Puan Shandy merupakan suri rumah kepada 1 orang anak. Suami beliau bekerja sebagai buruh binaan. Sebelum ini, Puan Shandy telah menjadi usahawan menjahit baju selama 2 tahun setengah setelah menamatkan sekolah kemahiran di Giat Mara. Dari situ, beliau juga telah menjadi beauty consultant dengan menjual produk Mary Kay. Dengan minat yang mendalam dalam dunia perniagaan, sekarang beliau membuka gerai satay beliau di dalam kampung.beliau sendiri untuk menambah pendapatan mereka sekeluarga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM700 sahaja sebulan. Jumlah produk bulanan adalah RM700.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Komuniti Kg. Tangga Plaman, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan jualan satay beliau. Pelanggan beliau dari luar kawasan kampung pun akan mengetahui gerai satay beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM800-RM1000.