Kisah Kejayaan Usahawan – Decorasi Pelamin dan Hari Jadi
Nama : | Jachary Mark Anak Lanjok |
Umur : | 27 Tahun |
Ahli : | Tahun 2018 |
Latar belakang
Encik Zachary merupakan usahawan yang mendekorasi pelbagai jenis pelamin atau majlis hari jadi. Walaupun beliau seorang kerani di sektor swasta, beliau juga mempunyai minat dan bakat yang mendalam dalam ilmu perniagaan. Beliau memang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang usahawan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500-RM700 sahaja sebulan. Jumlah pendapatan yang beliau perolehi dari mendekorasi tersebut hanya RM700.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas menggunakan ict dan mengikuti kelas yang dijalankan di PI1M, beliau dapat menggunakan microsoft office dengan baik. Selain itu, dengan adanya internet, beliau dapat menjalankan perniagaan beliau melalui atas talian sahaja iaitu melalui page facebook beliau. Dengan itu, pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000-RM2000.
Kisah Kejayaan Usahawan – Burger Homade dan Makanan
Nama : | Nur Faizah Izzati Binti Rozani |
Umur : | 27 Tahun |
Ahli : | Tahun 2015 |
Nur Faizah merupakan suri rumah tangga. Beliau baru sahaja mendirikan rumah tangga pada tahun 2017. Suami beliau bekerja sebagai buruh sahaja. Walaupun suri rumah namun beliau mempunyai minat dalam perniagaan. Dengan perniagaan tersebut, beliau dapat membantu suami dalam menambah pendapatan keluarganya. Beliau terlibat dalam berniaga sejak beliau kahwin. Beliau berniaga burger homemade iaitu daging tersebut di proses sendiri di rumah. Di samping itu juga, beliau ada menjual char kueh tiaw, chicken chop dan lampchop. Beliau akan membuat tempahan pada sebelah pagi dan membuat penghantaran pada sebelah petang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200-RM400 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas menggunakan ict dan mengikuti kelas yang dijalankan di PI1M, beliau dapat menggunakan microsoft office dengan baik. Selain itu, dengan adanya internet, beliau dapat menjalankan perniagaan beliau melalui atas talian sahaja iaitu melalui page facebook beliau. Melalui page facebook tersebut beliau membuat tempahan dan mempromosikan makanan yang di jual. Sekarang beliau mudah mendapat pelanggan tetap melalui page facebook. Selain itu juga, beliau sekarang sudah membuat stall kecil di depan rumah pada sebelah petang untuk memudahkan pelanggan datang makan. Sekarang pendapatan bulanan beliau semakin meningkat iaitu sekitar RM500-RM800 Sebulan.
Kisah Kejayaan ICT
Nama : | Clarise Netty Anak elson |
Umur : | 20 Tahun |
Ahli : | Tahun 2018 |
Latar belakang
Adik Clarise Netty merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Bermula menjadi ahli PI1M pada tahun 2018 dan terus mengikuti kelas ICT di PI Kg Tangga Plaman. Dia merupakan seorang pelajar yang cepat belajar dan kreatif.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum penglibatan PI, adik Clarise Netty memang tidak tahu tentang penggunaan komputer. Sifat yang ingin belajar lebih mendalam tentang penggunaan Microsoft Office telah mendorong beliau untuk terlibat dengan aktiviti PI seperti menaip dengan pantas dan kreativiti yang diperlukan untuk membuat sesuatu tugasan menggunakan Microsoft Office Powerpoint.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas mengikuti kelas ict yang dijalankan oleh petugas, kini adik Clarise Netty sudah dapat menambah dan memperbaiki penggunaan ICT dengan lebih baik lagi. Disamping itu juga, beliau berpeluang menimba ilmu pengetahuan dalam penggunaan editing software, Adobe Photoshop untuk pertama kalinya. Dengan ilmu yang di pelajari, beliau semakin minat untuk mengembangkan bakat dalam bidang yang di ceburi. Penglibatan bersama PI telah memberi semangat yang baru untuk beliaumendalami ilmu ICT dengan lebih banyak.