mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q3 2020 (KEUSAHAWANAN)

 

Latar belakang

 Puan Maini merupakan suri rumah tangga kepada 3 orang anak. Walaupun suri rumah namun beliau mempunyai minat dalam perniagaan. Dengan perniagaan tersebut, beliau dapat membantu suami dalam menambah pendapatan keluarganya. Perniagaan yang beliau jual adalah hormon tanaman iaitu jenama Kitosan. Beliau terlibat dalam berniaga sejak beliau kahwin. Di samping itu juga, beliau juga bekerja sebagai ejen singer di sebuah syarikat singer di pasar Serian.

.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM400-RM500 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menggunakan ict dan mengikuti kelas dan program usahawan yang dijalankan di PI, beliau dapat menggunakan microsoft office dengan baik. Selain itu, dengan adanya internet, beliau dapat menjalankan perniagaan beliau melalui atas talian sahaja iaitu melalui page facebook beliau. Melalui page facebook tersebut beliau membuat tempahan dan mempromosikan makanan yang di jual. Sekarang beliau mudah mendapat pelanggan tetap melalui page facebook. Sekarang pendapatan bulanan beliau semakin meningkat iaitu sekitar RM600-RM900 Sebulan.