KISAH KEJAYAAN USAHAWAN – Bun & Bread Homade
Nama : Dorris Anak Francis Maggie Umur : 58 tahun Ahli : 2018 hingga kini
|
Latar belakang
Puan Doris merupakan surirumah yang mempunyai 3 orang anak. Suami beliau seorang pekerja buruh binaan sahaja. Walaupun suri rumah namun beliau mempunyai minat yang mendalam dalam perniagaan. Dengan perniagaan tersebut, beliau dapat membantu suami dalam menambah pendapatan keluarganya. Beliau terlibat dalam berniaga sejak beliau kahwin. Beliau berniaga bun & bread homemade iaitu bun tersebut di proses sendiri di rumah. Di samping itu juga, beliau ada juga membuat kek dan biskut. Dengan perniagaan tersebut, beliau dapat membantu suaminya dalam menambah pendapatan keluarga mereka.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300-RM500 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas menggunakan ict dan mengikuti kelas yang dijalankan di PI, beliau dapat menggunakan microsoft office dengan baik. Selain itu, dengan adanya internet, beliau dapat menjalankan perniagaan beliau melalui atas talian sahaja iaitu melalui page facebook beliau. Melalui page facebook tersebut beliau membuat tempahan dan mempromosikan biskut yang di jual. Sekarang beliau mudah mendapat pelanggan tetap melalui page facebook. Sekarang pendapatan bulanan beliau semakin meningkat iaitu sekitar RM700-RM900 Sebulan.
KISAH KEJAYAAN USAHAWAN – Biskut Raya dan Kek
Nama : Nur syahidatul Ameesha Binti Kamal Umur : 19tahun Ahli : 2018 hingga kini
|
Latar belakang
Nursyahidatul Ameesha merupakan lepasan pelajar GiatMara Serian dalam bidang jahitan. Walaupun beliau mengambil bidang jahitan, minat dan bakat beliau dalam membuat biskut sangat mendalam. Dengan adanya bakat yang beliau dapat ini, beliau berani menceburi diri dalam bidang perniagaan. Dengan perniagaan tersebut, beliau dapat membantu ibu bapanya dalam menambah pendapatan keluarga mereka. Beliau akan membuat tempahan pada hujung minggu dan pada musim perayaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200-RM400 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas menggunakan ict dan mengikuti kelas yang dijalankan di PI, beliau dapat menggunakan microsoft office dengan baik. Selain itu, dengan adanya internet, beliau dapat menjalankan perniagaan beliau melalui atas talian sahaja iaitu melalui page facebook beliau. Melalui page facebook tersebut beliau membuat tempahan dan mempromosikan biskut yang di jual. Sekarang beliau mudah mendapat pelanggan tetap melalui page facebook. Sekarang pendapatan bulanan beliau semakin meningkat iaitu sekitar RM500-RM800 Sebulan.
KISAH KEJAYAAN ICT
Nama : Kalista Yona Anak Japar Umur : 17 tahun Ahli : 2014 hingga kini
|
Latar belakang
Adik Kalista Yona merupakan bongsu daripada 5 orang adik beradik. Bermula menjadi ahli PI1M pada tahun 2014 dan terus mengikuti kelas ICT di PI Kg Tangga Plaman. Dia merupakan seorang pelajar yang cepat belajar dan kreatif.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum penglibatan PI, adik Kalista Yona memang tidak tahu tentang penggunaan komputer. Sifat yang ingin belajar lebih mendalam tentang penggunaan Microsoft Office telah mendorong beliau untuk terlibat dengan aktiviti PI seperti menaip dengan pantas dan kreativiti yang diperlukan untuk membuat sesuatu tugasan menggunakan Microsoft Office Powerpoint.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas mengikuti kelas ict yang dijalankan oleh petugas, kini adik Kalista Yona sudah dapat menambah dan memperbaiki penggunaan ICT dengan lebih baik lagi. Disamping itu juga, beliau berpeluang menimba ilmu pengetahuan dalam penggunaan editing software, Adobe Photoshop untuk pertama kalinya. Dengan ilmu yang di pelajari, beliau semakin minat untuk mengembangkan bakat dalam bidang yang di ceburi. Penglibatan bersama PI telah memberi semangat yang baru untuk beliau mendalami ilmu ICT dengan lebih banyak.