mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q4 2019 (USAHAWAN 2)

 

Latar belakang

 

Puan Zuliana merupakan surirumah yang mempunyai 2 orang anak. Suami beliau seorang pekerja buruh binaan sahaja.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan penggunaa ICT beliau tidak mempunyai sebarang pendapatan kerana tidak berkerja dan hanya suri rumah. Beliau tidak terdedah dengan sebarang perniagaan secara talian atau pun tidak.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menggunakan ict dan mengikuti kelas yang dijalankan di PI, beliau dapat menggunakan microsoft office dan mengikuti kelas keusahawana dengan baik. Beliau terdedah dengan perniagaan atas talian. Petugas juga mengajar beliau untuk membina akuan facebook dan email. Dengan ilmu yang beliau belajar beliau mula berjinak dengan perniagaan atas talian.Pada mula nya beliau menjadi dropship sahaja kerana tidak mempunyai modal. Selepas beberapa bulan, beliau memulakan perniagaan sendiri melalui modal selepas menjadi dropship.. Dengan adanya facebook beliau membuat tempahan dan mempromosikan barang jualan dengan mudah. Sekarang beliau mudah mendapat pelanggan tetap melalui page facebook. Sekarang pendapatan bulanan beliau sekitar RM300-500Sebulan. Dengan pendapatan bulanan, sekarang beliau telah membantu meringankan beban suami beliau.