Nama : Clerance Anak Imoh Umur : 19 Tahun Ahli : 2014 hingga kini |
Latar belakang
Adik Clarence mempunyai 4 orang adik beradik. Dia merupakan anak kedua dalam adik beradik. Beliau menjadi ahli PI pada tahun 2014 dan terus mengikuti kelas ICT di PI Kg Tangga Plaman. Dia merupakan seorang pelajar yang cepat belajar dan kreatif.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan di PI, adik Clarence sudah mengetahui serba sedikit tentang penggunaan komputer cuma belum mahir dalam penggunaan ICT seperti Microsoft Office. Sifat yang ingin belajar lebih mendalam tentang penggunaan Microsoft Office telah mendorong beliau untuk terlibat dengan aktiviti PI seperti menaip dengan pantas dan kreativiti yang diperlukan untuk membuat sesuatu tugasan menggunakan Microsoft Office Powerpoint.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas ict yang dijalankan oleh petugas, kini adik Clarence sudah dapat menambah dan memperbaiki penggunaan ICT dengan lebih baik lagi. Disamping itu juga, beliau berpeluang menimba ilmu pengetahuan dalam penggunaan editing software, canva untuk pertama kalinya. Dengan ilmu yang di pelajari, beliau semakin minat untuk mengembangkan bakat dalam bidang yang di ceburi. Penglibatan bersama PI telah memberi semangat yang baru untuk beliau mendalami ilmu ICT dengan lebih banyak.