mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q4 ( CELIK ICT)

Nama : Cherrish Velentina Anak Augustine

Umur : 11 tahun

Ahli : 2018 hingga kini

 

 

 

Latar belakang

Adik Cherrish Valentina mempunyai 4 orang adik beradik. Dia merupakan anak ketiga dalam adik beradik. Beliau menjadi ahli PI pada tahun 2018 dan terus mengikuti kelas ICT di PI Kg Tangga Plaman. Dia merupakan seorang pelajar yang cepat belajar dan kreatif.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di PI, adik Cherrish Valentina sudah mengetahui serba sedikit tentang penggunaan komputer cuma belum mahir dalam penggunaan ICT seperti Microsoft Office. Sifat yang ingin belajar lebih mendalam tentang penggunaan Microsoft Office telah mendorong beliau untuk terlibat dengan aktiviti PI seperti menaip dengan pantas dan kreativiti yang diperlukan untuk membuat sesuatu tugasan menggunakan Microsoft Office Powerpoint.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas ict yang dijalankan oleh petugas, kini adik Cherrish Valentina sudah dapat menambah dan memperbaiki penggunaan ICT dengan lebih baik lagi. Disamping itu juga, beliau berpeluang menimba ilmu pengetahuan dalam penggunaan editing software, canva untuk pertama kalinya. Dengan ilmu yang di pelajari, beliau semakin minat untuk mengembangkan bakat dalam bidang yang di ceburi. Penglibatan bersama PI telah memberi semangat yang baru untuk beliau mendalami ilmu ICT dengan lebih banyak.