Nama : Avilla Anak John Umur : 21 tahun Ahli : 2014 hingga kini
|
Latar belakang
Puan Avila merupakan surirumah serta mempunyai 1 orang anak. Suami beliau bekerja sebagai petani. Dengan bakat dan minat yang mendalam terhadap perniagaan, beliau mencuba untuk menjadi ejen menjual produk kecantikan seperti pencuci muka dan sabun serta shampoo jenama Faith Fleur serta Bunga Secret untuk menambah pendapatan mereka sekeluarga.
.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM400-RM500 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menggunakan ict dan mengikuti kelas dan program usahawan yang dijalankan di PI, beliau dapat menggunakan microsoft office dengan baik. Selain itu, dengan adanya internet, beliau dapat menjalankan perniagaan beliau melalui atas talian sahaja iaitu melalui page facebook beliau. Melalui page facebook tersebut beliau dapat mempromosikan hasil kraftangan yang telah dihasilkan. Sekarang beliau mudah mendapat pelanggan tetap melalui page facebook. Sekarang pendapatan bulanan beliau semakin meningkat iaitu sekitar RM600-RM800 Sebulan.