KISAH KEJAYAAN USAHAWAN –Kraftangan & Pertanian(Cendawan tiram Kelabu)
Nama : Leony Kuwak Umur : 47 tahun Ahli : 2016 hingga kini
|
Latar belakang
Puan Leony merupakan ibu tunggal kepada empat orang anaknya. Beliau juga merupakan seorang guru sekolah rendah di area Tebedu dan beliau memang mempunyai cita-cita untuk menjadi usahawan yang berjaya suatu hari kelak.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM800-RM950 sahaja sebulan. Jumlah hasil tanaman cendawan dan kraf yang beliau jual dalam sebulan RM850.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menggunakan ict dan mengikuti kelas yang dijalankan di PI, beliau dapat menggunakan microsoft office dengan baik. Selain itu, dengan adanya internet, beliau dapat menjalankan perniagaan beliau melalui atas talian sahaja iaitu melalui page facebook beliau. Dengan itu, pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000-RM2000.
KISAH KEJAYAAN ICT- AVILA JOHN
Nama: Avila Anak John
Umur: 20 Tahun
Ahli: Tahun 2014 Hingga Kini
Latar belakang
Cik Avila merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik. Bermula menjadi ahli PI1M pada tahun 2014 dan terus mengikuti kelas ICT di PI1M Kg Tangga Plaman. Dia merupakan seorang pelajar yang cepat belajar dan kreatif.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum penglibatan Pi1M, Cik Avila sudah mengetahui serba sedikit tentang penggunaan komputer Cuma belum mahir dalam penggunaan ICT seperti Microsoft Office. Sifat yang ingin belajar lebih mendalam tentang penggunaan Microsoft Office telah mendorong beliau untuk terlibat dengan aktiviti Pi1M seperti menaip dengan pantas dan kreativiti yang diperlukan untuk membuat sesuatu tugasan menggunakan Microsoft Office Powerpoint.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas mengikuti kelas ict yang dijalankan oleh petugas, kini Cik Avila sudah dapat menambah dan memperbaiki penggunaan ICT dengan lebih baik lagi. Disamping itu juga, beliau berpeluang menimba ilmu pengetahuan dalam penggunaan editing software, Adobe Photoshop untuk pertama kalinya. Dengan ilmu yang di pelajari, beliau semakin minat untuk mengembangkan bakat dalam bidang yang di ceburi. Penglibatan bersama Pi1M telah memberi semangat yang baru untuk beliau mendalami ilmu ICT dengan lebih banyak.