Usahawan Madu Kelulut
Nama: Aisah Binti Ganchi
Umur: 45 Tahun
Ahli: 2015 Sehingga Kini
Latar belakang
Puan Aishah seorang suri rumah. Beliau mula berjinak menjual madu kelulut sejak 2 tahun yang lepas. Beliau membuat rumah kelulut di sekitar rumahnya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM400-600 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah 8-10 orang sahaja. Sebelum mengikuti kelas dan latihan ict di PEDi, beliau tidak pernah menggunakan komputer dan berasa kekok untuk menggunakannya. Sebelum ini, hasil madu kelulut akan dipromosikan oleh anak beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg. Tangga Plaman, Selepas menggunakan ict dan mengikuti kelas yang dijalankan di PEDi, beliau dapat menggunakan microsoft office dengan baik. Selain itu, dengan adanya internet, beliau dapat mencari cara penjagaan rumah kelulut dan cara untuk kelulut menghasilkan madu lebih banyak. Beliau juga aktif mempromisikan madu kelulut dalam media sosial. Antara pelanggan tetap beliau adalah cikgu di sekolah rendah iaitu sekolah sama suaminya mengajar. Pendapatan bualan beliau sekarang sekitar Rm2000- Rm 3000 sebulan.
Antara gambar rumah kelulut dan hasil madunya