Kisah Kejayaan Usahawan – ACAR REBUNG MADU
Nama : | NUR SYAHINDAH |
Umur : | 33 Tahun |
Ahli : | Tahun 2014 |
Latar belakang
Puan Nursyahindah merupakan surirumah tangga sepenuh masa. Walaupun beliau seorang surirumah, beliau juga mempunyai minat dan bakat yang mendalam dalam ilmu perniagaan. Beliau memang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang usahawan.
.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM450-RM650 sahaja sebulan. Jumlah hasil jualan acar rebung beliau dalam sebulan RM600.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menggunakan ict dan mengikuti kelas yang dijalankan di PI, beliau dapat menggunakan microsoft office dengan baik. Selain itu, dengan adanya internet, beliau dapat menjalankan perniagaan beliau melalui atas talian sahaja iaitu melalui page facebook beliau. Dengan itu, pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000-RM1500.