LAPORAN AKTIVITI JUN 2025
TARIKH : 12 JUN 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : NADI x KESEDARAN ( SAFE : Taklimat Perisian Merbahaya SHEILD : Laman Web Berbahaya) |
Masa | : 2.00 PTG- 4 PTG |
Lokasi | : NADI KAMPUNG TANGGA PLAMAN |
Peserta | : 2 ORANG PESERTA |
Tujuan
Program NADI Safe & Shield ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang ancaman perisian merbahaya serta kepentingan melindungi data peribadi. Ia memberi pendedahan mengenai langkah-langkah pencegahan serangan siber dan amalan keselamatan digital yang betul. Program ini juga menyokong usaha organisasi dalam memperkukuh keselamatan ICT dan memastikan pematuhan terhadap dasar perlindungan data.
Aktiviti
Pelaksanaan aktiviti utama NADI SAFE & SHIELD melibatkan taklimat dan bengkel seperti Taklimat Perisian Merbahaya dan Taklimat Lindungi Data Peribadi. Aktiviti ini dijalankan secara fizikal atau atas talian melalui pembentangan, soal jawab dan simulasi. Ia bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta tentang keselamatan digital serta perlindungan data peribadi.
TARIKH : 16 JUN 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : E-KELAS USAHAWAN |
Masa | : 10.00 PAGI – 11.00 PAGI |
Lokasi | : NADI KAMPUNG TANGGA PLAMAN |
Peserta | : 1 ORANG PESERTA |
Tujuan
Pendedahan Asas Keusahawanan
Memberi pemahaman asas tentang keusahawanan kepada mereka yang berminat memulakan perniagaan.
Aktiviti
Pengenalan Pemasaran Digital
• Cara guna WhatsApp Business, Facebook, TikTok untuk jualan
• Tips ambil gambar produk & buat kapsyen menarik
TARIKH : 24 JUN 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : NADI KEUSAHAWANAN EDISI EKSPRESS |
Masa | : 2.30 PETANG – 4.30 PETANG |
Lokasi | : NADI KAMPUNG TANGGA PLAMAN |
Peserta | : 1 ORANG PESERTA |
Tujuan
Pendedahan Asas Keusahawanan
Memberi pemahaman asas tentang keusahawanan kepada mereka yang berminat memulakan perniagaan.
Aktiviti
Webinar Program Khas Asas Perniagaan
• Cara mulakan perniagaan kecil
• Pengurusan wang ringkas
• Cara kira untung & rugi
• Penetapan harga jualan
TARIKH : 21 JUN 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : WEBINAR BERKALA MATEMATIK – DILEA SPECIAL PROGRAMME |
Masa | : 2.30 – 4.30 PETANG |
Lokasi | : NADI Tangga Plaman |
Peserta | :3 ORANG |
Tujuan
Program Khas: Webinar Berkala Matematik (Edisi 2) bertujuan untuk membantu pelajar memahami konsep matematik dengan lebih jelas, berkongsi teknik menjawab soalan dengan berkesan, serta memberi pendedahan awal dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Webinar ini juga menjadi platform untuk guru dan pelajar berinteraksi serta memupuk minat mendalam terhadap subjek Matematik
Aktiviti
Program ini memberi banyak manfaat seperti meningkatkan kefahaman pelajar terhadap topik-topik penting dalam Matematik, membantu mereka menguasai teknik menjawab soalan dengan lebih tepat, serta membina keyakinan menghadapi peperiksaan. Ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara langsung dengan guru atau penceramah berpengalaman, selain memupuk minat dan sikap positif terhadap pembelajaran Matematik.