TARIKH : 3 OKTOBER 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI : BULI SIBER |
Masa |
: 9.00 PAGI – 11.00 PAGI |
Lokasi |
: PIK TANGGA PLAMAN |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Memberikan pendedahan tentang buli siber serta memberi pendedahan tentang contoh buli siber serta kesan negatif buli siber.
Aktiviti
Melalui bengkel ini, pengguna internet diberikan pendedahan dengan beberapa infografik bergambar & video yang berkaitan dengan salah satu jenayah siber yang sering terjadi di media sosial iaitu ‘buli siber’. Petugas memberikan pendedahan kepada pengguna maksud buli siber iaitu perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), mesej(chatting), e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet. Petugas juga memberikan pendedahan tentang kesan buli siber yang boleh mengancam kesihatan mental mangsa & kesan terhadap orang lain terutamanya kepada pengguna internet yang masih bawah umur yang menyaksikan perkara ini diinternet yang boleh mendatangkan persepsi dan contoh yang tidak baik kepada mereka Selain itu, kuiz secara online yang berkaitan dengan buli siber turut diadakan diaplikasi whatsapp bagi menguji pemahaman para peserta mengenai ancaman buli siber, kesan & cara mengelakkan perkara ini berlaku.
TARIKH : 9 OKTOBER 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI : SCAMMER |
Masa |
: 8.00 pagi – 5.00 petang |
Lokasi |
: Aplikasi Whatsapp |
Peserta |
: 39 orang |
Tujuan
Menerapkan nilai positif dalam diri peserta dalam penggunaan internet kepada kehidupan seharian agar tidak terjebak dengan ‘scammer’
Aktiviti
Petugas memberi ceramah berbentuk tayangan video melalui status Whatsapp iaitu berkaitan dengan ‘Scammer’ serta menerangkan kepada para peserta mengenai kelebihan dalam menggunakan internet ke arah positif untuk mengelakkan penggunaan internet secara tidak sihat.
TARIKH: 16 OKTOBER 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI : KEMPEN KEBEBASAN BERSUARA & KEBEBASAN BERBOHONG |
Masa |
: 9.00 pagi – 11.00 pagi |
Lokasi |
: Aplikasi Whatsapp |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Menjalankan kempen kesedaran penggunaan internet iaitu ‘Kempen Kebebasan Besuara Bukan Kebebasan Berbohong’ secara online iaitu menggunakan infografik melalui aplikasi whatsapp
Aktiviti
Melalui kempen ini, para peserta didedahkan dengan hak kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat Malaysia. Para peserta juga di dedahkan dengan lima garis panduan dalam menggunakan hak kebebasan bersuara iaitu:
• Beringat bila bercakap
• Bercakap benar
• Bijak menilai
• Luahkan pendapat berdasarkan fakta
• Beri pandangan tanpa menyebarkan kebencian
Selain itu, kuiz secara online iaitu ‘Kuiz