TARIKH : 11 SEPTEMBER 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: PANDUAN MENDAFTAR AKAUN GMAIL |
Masa |
: 2.30 petang – 4.30 petang |
Lokasi |
: PIK Tangga Plaman |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara membuat akaun Gmail.
Aktiviti
Melalui bengkel ini, petugas memberi penerangan kepada peserta cara membuat akaun gmail mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan serta cara menghantar emel, memadam emel & lain-lain lagi. Petugas juga memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara mengemaskini maklumat akaun emel seperti info peribadi, data & privasi emel & lain-lain lagi.
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: PEPERIKSAAN SPA9i |
Masa |
: 9.00 am – 11.00am |
Lokasi |
: PIK Tangga Plaman |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Memberi tunjuk ajar kepada para peserta cara mendaftar pekerjaan di portal pencari kerja secara atas talian.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan & bantuan kepada para peserta tentang cara mengisi & mendaftar didalam portal mencari kerja iaitu SPA9 yang telah mengantikan sistem lama SPA8i.
Petugas memperkenalkan kepada para peserta aktiviti kuiz atas talian yang melibatkan aktiviti pembelajaran bagi memberi pemahaman tentang kehidupan haiwan yang bertajuk jenis pemakanan haiwan iaitu haiwan herbivor, karnivor & omnivore. Para peserta kemudian diberikan kuiz secara online berkenaan jenis pemakanan haiwan mengikut kategori.