mcmc
Laporan AktivitiUtama

LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2025

TARIKH: 5 SEPTEMBER 2025

Program / Aktiviti / Kelas: TINY TECHIES
Masa: 8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI
Lokasi: NADI KAMPUNG TANGGA PLAMAN
Peserta: 3 ORANG PESERTA

Tujuan

Melalui aktiviti hands-on seperti merancang, membina dan mengawal robot atau aplikasi, peserta digalakkan menggunakan kreativiti dan pemikiran logik untuk menyelesaikan cabaran.

Aktiviti

  • Peserta belajar tentang komponen asas robot seperti sensor, motor dan mikropengawal (Arduino / micro:bit).
  • Aktiviti: Memasang robot mini menggunakan kit robotik seperti Microbit

GAMBAR DISINI

TARIKH: 7 SEPTEMBER 2025

Program / Aktiviti / Kelas: PROGRAM KHAS SAMBUTAN MERDEKA & HARI MALAYSIA NADI 2025
Masa: 8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI
Lokasi: NADI KAMPUNG TANGGA PLAMAN
Peserta: 30 ORANG PESERTA

Tujuan

Tujuan program ini dilakukan Adalah untuk menyemarakkan suasana kemerdekaan bersama komuniti.

Aktiviti

Sepanjang program ini dijalankan, antara aktiviti yang dilakukan Adalah pertandingan mewarna, saringan Kesihatan, pertandingan sandwich Merdeka dikalangan peserta MAHIR & tayangan dokumentari bersama peserta.

GAMBAR DISINI

TARIKH: 9 SEPTEMBER 2025

Program / Aktiviti / Kelas: PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT DI KAMPUNG DANAU KERANGGAS MELIKIN
Masa: 8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI
Lokasi: KAMPUNG DANAU KERANGGAS MELIKIN
Peserta: 122 ORANG PESERTA

Tujuan

Tujuan Kempen Internet Selamat adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna, khususnya pelajar dan remaja, tentang penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab. Kempen ini bertujuan mendidik peserta mengenai bahaya jenayah siber, penyebaran maklumat palsu, buli siber, serta kepentingan melindungi data peribadi semasa melayari internet.

Aktiviti

Sepanjang Kempen Internet Selamat, peserta terlibat dalam aktiviti seperti kuiz digital keselamatan internet, menyebarkan info tentang inisiatif Kerajaan, saringan Kesihatan dikalangan komuniti, aktiviti simulasi mengenal pasti laman web palsu, dan permainan interaktif yang menguji pemahaman tentang etika atas talian. Mereka juga mengikuti sesi demonstrasi cara mengurus tetapan privasi di media sosial serta menyertai pertandingan mencipta mesej kesedaran atau video pendek berkaitan keselamatan internet.

GAMBAR DISINI

TARIKH: 3 & 10 SEPTEMBER 2025

Program / Aktiviti / Kelas: MAHIR JAHIT
Masa: 2-4 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG TANGGA PLAMAN
Peserta: 2 ORANG PESERTA

Tujuan

Dalam kursus MAHIR JAHIT ini, peserta akan mempelajari pelbagai teknik jahitan seperti jahitan asas sehingga ke pembuatan pakaian.

Aktiviti

Peserta juga didedahkan kepada penggunaan mesin jahit dan cara mengendalikan peralatan jahitan dengan baik. Kursus ini sesuai untuk semua peringkat, termasuk mereka yang tiada pengalaman menjahit, kerana ia menyediakan bimbingan langkah demi langkah oleh tenaga pengajar yang berpengalaman

GAMBAR DISINI

TARIKH: 18 & 19 SEPTEMBER 2025

Program / Aktiviti / Kelas: NADI x KESEDARAN ( SAFE : Taklimat Pengantunan Siber SHEILD : Taklimat Berita Palsu)
Masa: 3.00 PETANG – 5.00 PETANG
Lokasi: NADI KG TANGGA PLAMAN
Peserta: 6 ORANG PESERTA

Tujuan

Program NADI Safe & Shield ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang ancaman perisian merbahaya serta kepentingan melindungi data peribadi. Ia memberi pendedahan mengenai langkah-langkah pencegahan serangan siber dan amalan keselamatan digital yang betul. Program ini juga menyokong usaha organisasi dalam memperkukuh keselamatan ICT dan memastikan pematuhan terhadap dasar perlindungan data.

Aktiviti

Pelaksanaan aktiviti utama NADI SAFE & SHIELD melibatkan taklimat dan bengkel seperti Taklimat Perisian Merbahaya dan Taklimat Lindungi Data Peribadi. Aktiviti ini dijalankan secara fizikal atau atas talian melalui pembentangan, soal jawab dan simulasi. Ia bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta tentang keselamatan digital serta perlindungan data peribadi.

GAMBAR DISINI