mcmc
Makanan

Makanan

       Makanan adalah salah satu keperluan asas untuk manusia. Namun makanan tempatan adalah makanan yang sering menarik pengunjung luar untuk merasainya. Setiap tempat, budaya, agama dan bangsa ada makanan tempatan  mereka tersendiri. Makanan tempatan atau lebih dikenali makanan tradisional di Kampung Tangga Plaman juga  adalah berbeza dengan masyakarakt lain. Kampung Tangga Plaman yang majoriti nya adalah bidayuh, maka antara makanan tempatan yang ada adalah:

a) Ayam Pansuh

 Ayam Pasuh adalah makanan tempatan yang sering dimasak masyarakat di negeri sarawak. Ayam Pansuh adalah keunikan nama tersebut dimana ayam akan dimasak menggunakan buluh beserta dengan daun ubi dan digaul bersama. cara penyediaan dan cara memasak memang boleh dikatakan secara tradisional kerana ayam pansuh akan dimasukkan kedalam buluh dan dibakar dengan api yang sederhana untuk mendapatkan keenakkan dan kelazatan yang diiginkan. Makanan ini sering dimakan ketika perayaan mahupun majlis perkahwinan.

 

b) Kuih Jala

Bila bercakap tentang sambutan Gawai Dayak, kuih traditional  yang wajib dihidangkan dalam perayaan gawai iaitu kuih jala. sebelom menjelang perayaan Gawai Dayak, sekumpulan wanita akan bergotong royong menyiapkan kuih Jala untuk di hidangkan kepada sanak saudara yang berkunjung ke rumah. Kuih Jala sangat sedap kerana ia diperbuat dari tepung beras yang di uli dengan gula apung,gula apung ni seperti gula melaka,dicairkan dan di adun bersama tepung beras,dengan air supaya cair agar senang keluar melalui tempurung kelapa yang telah di tebuk terlebih dahulu dan di titiskan dalam minyak yang dipanas kan,kayu pengetuk berfungsi bagi mengeluarkan cecair dari tepurung,dilayang di atas minyak berbentuk bulat,harus tahu jumlah kuantiti cecair tepung yang keluar agar roti jala tidak keras atau terlampau tebal.bila dah siap tuang kedalam kuali,pembuat kuih ni akan menggunakan sepit untuk melipat kepada dua bahagian,mengikut selera pembuatnya,kamudian baru lah di angkat dan di tos kan agar kering dari minyak. Kuih jala ini boleh dimakan begitu sahaja tanpa perencah. Penduduk Kampung Tangga Plaman biasanya makan di cicah dengan air kopi yang panas. Kuih jala ini sangat tahan dan boleh di simpan berbulan-bulan.