Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tangga Plaman adalah salah satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang ditubuhkan bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat.Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.
Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
Antaranya ialah:
- Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
- Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
- Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
- Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.
3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tangga Plaman :
- Komputer & Internet (Wifi Zone)
- Pengimbasan (Scanning)
- Laminate
- Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
- Fotokopi (Photostate)
- Penjilidan (Binding)
- Sewa Bilik Latihan
Waktu Operasi
PEDi DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM
8:00 Pagi – 1:00 Petang | Beroperasi |
1:00 Petang – 2:00 Petang | Rehat |
2:00 Petang – 5:00 Petang | Beroperasi |
Nama Petugas
1. Puan Norrina Binti Bujang Simanggang ( Pengurus)
No. Tel : 013-5694621
2. Ainul Fatihah Binti Mohd Amin ( Penolong Pengurus)
No. Tel : 012-8939437
Alamat Portal
http://tanggaplaman.pjk.com.my
https://www.facebook.com/NADIkgtanggaplaman/
Alamat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
Kampung Tangga Plaman,
Jalan Tangga By Pass,
94700 Serian,
Sarawak.