Utama

TARIKH : 1,3 & 7 JULAI 2026

Program / Aktiviti / KelasWELLBEING : FLOURISHER & MENWELL
TANGAN KEBAS, SLEEP APNEA & TEKANAN DALAM LENSA PSIKOLOGI
Masa: 9.00 PAGI -10.00 PAGI
Lokasi: NADI KAMPUNG TANGGA PLAMAN
Peserta: 4 ORANG PESERTA

Tujuan: Flourisher & MenWell bertujuan meningkatkan kesejahteraan diri melalui pembangunan emosi, mental dan sosial yang positif.

Aktiviti: Program ini membantu komuniti memahami kepentingan menjaga kesihatan mental dan emosi dalam kehidupan seharian. komuniti turut mempelajari kemahiran untuk membina pemikiran positif, daya tahan diri dan hubungan yang sihat dengan orang lain. Secara keseluruhannya, program ini menyumbang kepada pembentukan individu yang lebih sejahtera, yakin dan mampu berkembang secara menyeluruh.

GAMBAR DISINI

TARIKH : 2 JULAI 2026

Program / Aktiviti / KelasCYBERSECURITY – BAHAYA BERI IC KEPADA ORANG LAIN
Masa: 3.30 PETANG – 4.30 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG TANGGA PLAMAN
Peserta: 1 ORANG PESERTA

Tujuan: Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang risiko penyalahgunaan kad pengenalan (IC), seperti penipuan, kecurian identiti, dan jenayah kewangan.

Aktiviti: Penceramah menerangkan kes sebenar penyalahgunaan IC dan kesannya kepada mangsa.

GAMBAR DISINI

TARIKH : 2 JULAI 2026

Program / Aktiviti / Kelas: EMPOWERHER & NADIPRENEUR : WEBINAR PERANCANGAN PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN
Masa: 9.00 PAGI -11.00 PAGI
Lokasi: NADI KAMPUNG TANGGA PLAMAN
Peserta: 2 ORANG PESERTA

Tujuan: Membantu peserta memahami langkah-langkah memulakan perniagaan, termasuk penetapan matlamat dan strategi.

Aktiviti: Membantu peserta mengenal pasti peluang perniagaan serta mengurangkan risiko kegagalan

GAMBAR DISINI

TARIKH : 4 JULAI 2026

Program / Aktiviti / Kelas: ESPORT – PENGURUSAN EMOSI SEMASA PERTANDINGAN
Masa: 2.00 PETANG – 3.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG TANGGA PLAMAN
Peserta: 1 ORANG PESERTA

Tujuan: “Pengurusan Emosi Semasa Pertandingan” adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan mengawal emosi ketika bermain atau bertanding.

Aktiviti: Peserta dapat meningkatkan disiplin diri, memupuk sikap profesional serta mengamalkan komunikasi yang sihat dalam kalangan rakan sepasukan, seterusnya membantu mengekalkan prestasi yang konsisten walaupun dalam situasi mencabar.

GAMBAR DISINI

TARIKH : 5 & 6 JULAI 2026

Program / Aktiviti / Kelas:KIDSVENTURE – WEBINAR PELAN PERNIAGAAN MINI 1 & RANCANG PERNIAGAAAN DENGAN BMC
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG TANGGA PLAMAN
Peserta: 4 ORANG PESERTA

Tujuan: Webinar ini bertujuan membantu peserta memahami komponen penting dalam pelan perniagaan seperti idea produk, sasaran pasaran, strategi pemasaran dan anggaran kos.

Aktiviti: Menggalakkan peserta membina kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam merancang perniagaan kecil. Melalui program ini, peserta dapat meningkatkan keyakinan diri serta minat dalam bidang keusahawanan sejak peringkat awal.

GAMBAR DISINI

TARIKH : 6 & 7 JULAI 2026

Program / Aktiviti / Kelas: DILEA – OPEN TUISYEN MATEMATIK & BAHASA INGGERIS
Masa: 3.30 PETANG – 4.30 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG TANGGA PLAMAN
Peserta: 1 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan Kelas (DILEA) anjuran NADI melalui webinar Matematik dan Bahasa Inggeris adalah untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam kedua-dua subjek, mengukuhkan asas pembelajaran serta membina keyakinan diri melalui penggunaan teknologi digital secara interaktif.

Aktiviti: Selain sesi pengajaran dan pembelajaran melalui Google Meet, aktiviti lain yang dijalankan termasuk latihan interaktif, kuiz dalam talian, sesi soal jawab bersama guru, perbincangan berkumpulan serta pemberian tugasan bagi mengukuhkan kefahaman pelajar.

GAMBAR DISINI

JADUAL PROGRAM OGOS 2018

3 August 2018 Jadual Aktiviti

 TARIKH  PROGRAM 1, 2, 3, 8, 9, 10, 15, 16, 18, 23 & 24/8/2018 Kelas ICT 6, 7, 13, 14 & 19/8/2018 Kelas Keusahawanan 4, 5, 11 & 12/8/2018 Klik […]

Baca lanjut →

JADUAL PROGRAM OGOS 2018

 TARIKH  PROGRAM 1, 2, 3, 8, 9, 10, 15, 16, 18, 23 & 24/8/2018 Kelas ICT 6, 7, 13, 14 & 19/8/2018 Kelas Keusahawanan 4, 5, 11 & 12/8/2018 Klik […]

Baca lanjut →

LAPORAN AKTIVITI JULAI 2018

ASAS INTERNET AKAUN GMAIL & SPA ONLINE Tarikh: 27 Julai 2018 Masa: 10.00 pagi – 1.00 petang Lokasi: Pusat Internet Tangga Plaman Peserta: 8 Orang   Tujuan:   Membantu komuniti membuat […]

Baca lanjut →

LAPORAN AKTIVITI JULAI 2018

ASAS INTERNET AKAUN GMAIL & SPA ONLINE Tarikh: 27 Julai 2018 Masa: 10.00 pagi – 1.00 petang Lokasi: Pusat Internet Tangga Plaman Peserta: 8 Orang   Tujuan:   Membantu komuniti membuat […]

Baca lanjut →

PENYAKIT HFMD

24 July 2018 Kesihatan

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa […]

Baca lanjut →

PENYAKIT HFMD

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa […]

Baca lanjut →

JADUAL PROGRAM JULAI 2018

10 July 2018 Jadual Aktiviti

 TARIKH  PROGRAM 5, 6, 9, 10, 11, 12, 17, 18, 19 & 23/07/2018 Kelas ICT 9, 20, 24 & 25/07/2018 Kelas Keusahawanan 1, 14, 15 & 21/07/2018 Klik Dengan Bijak […]

Baca lanjut →

JADUAL PROGRAM JULAI 2018

 TARIKH  PROGRAM 5, 6, 9, 10, 11, 12, 17, 18, 19 & 23/07/2018 Kelas ICT 9, 20, 24 & 25/07/2018 Kelas Keusahawanan 1, 14, 15 & 21/07/2018 Klik Dengan Bijak […]

Baca lanjut →

JADUAL PROGRAM JUN 2018

6 July 2018 Jadual Aktiviti

TARIKH PROGRAM  5, 9, 19, 21, 22, 23 & 24/06/2018  Kelas ICT 25 & 26/06/2018 Kelas Keusahawanan 6, 7, 8, 10 & 11/06/2018 Klik Dengan Bijak 27/06/2018 Gotong-Royong PI   […]

Baca lanjut →

JADUAL PROGRAM JUN 2018

TARIKH PROGRAM  5, 9, 19, 21, 22, 23 & 24/06/2018  Kelas ICT 25 & 26/06/2018 Kelas Keusahawanan 6, 7, 8, 10 & 11/06/2018 Klik Dengan Bijak 27/06/2018 Gotong-Royong PI   […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya