Utama
TARIKH : 1,3 & 7 JULAI 2026
| Program / Aktiviti / Kelas | : WELLBEING : FLOURISHER & MENWELL TANGAN KEBAS, SLEEP APNEA & TEKANAN DALAM LENSA PSIKOLOGI |
| Masa | : 9.00 PAGI -10.00 PAGI |
| Lokasi | : NADI KAMPUNG TANGGA PLAMAN |
| Peserta | : 4 ORANG PESERTA |
Tujuan: Flourisher & MenWell bertujuan meningkatkan kesejahteraan diri melalui pembangunan emosi, mental dan sosial yang positif.
Aktiviti: Program ini membantu komuniti memahami kepentingan menjaga kesihatan mental dan emosi dalam kehidupan seharian. komuniti turut mempelajari kemahiran untuk membina pemikiran positif, daya tahan diri dan hubungan yang sihat dengan orang lain. Secara keseluruhannya, program ini menyumbang kepada pembentukan individu yang lebih sejahtera, yakin dan mampu berkembang secara menyeluruh.
TARIKH : 2 JULAI 2026
| Program / Aktiviti / Kelas | : CYBERSECURITY – BAHAYA BERI IC KEPADA ORANG LAIN |
| Masa | : 3.30 PETANG – 4.30 PETANG |
| Lokasi | : NADI KAMPUNG TANGGA PLAMAN |
| Peserta | : 1 ORANG PESERTA |
Tujuan: Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang risiko penyalahgunaan kad pengenalan (IC), seperti penipuan, kecurian identiti, dan jenayah kewangan.
Aktiviti: Penceramah menerangkan kes sebenar penyalahgunaan IC dan kesannya kepada mangsa.
TARIKH : 2 JULAI 2026
| Program / Aktiviti / Kelas | : EMPOWERHER & NADIPRENEUR : WEBINAR PERANCANGAN PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN |
| Masa | : 9.00 PAGI -11.00 PAGI |
| Lokasi | : NADI KAMPUNG TANGGA PLAMAN |
| Peserta | : 2 ORANG PESERTA |
Tujuan: Membantu peserta memahami langkah-langkah memulakan perniagaan, termasuk penetapan matlamat dan strategi.
Aktiviti: Membantu peserta mengenal pasti peluang perniagaan serta mengurangkan risiko kegagalan
TARIKH : 4 JULAI 2026
| Program / Aktiviti / Kelas | : ESPORT – PENGURUSAN EMOSI SEMASA PERTANDINGAN |
| Masa | : 2.00 PETANG – 3.00 PETANG |
| Lokasi | : NADI KAMPUNG TANGGA PLAMAN |
| Peserta | : 1 ORANG PESERTA |
Tujuan: “Pengurusan Emosi Semasa Pertandingan” adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan mengawal emosi ketika bermain atau bertanding.
Aktiviti: Peserta dapat meningkatkan disiplin diri, memupuk sikap profesional serta mengamalkan komunikasi yang sihat dalam kalangan rakan sepasukan, seterusnya membantu mengekalkan prestasi yang konsisten walaupun dalam situasi mencabar.
TARIKH : 5 & 6 JULAI 2026
| Program / Aktiviti / Kelas | :KIDSVENTURE – WEBINAR PELAN PERNIAGAAN MINI 1 & RANCANG PERNIAGAAAN DENGAN BMC |
| Masa | : 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
| Lokasi | : NADI KAMPUNG TANGGA PLAMAN |
| Peserta | : 4 ORANG PESERTA |
Tujuan: Webinar ini bertujuan membantu peserta memahami komponen penting dalam pelan perniagaan seperti idea produk, sasaran pasaran, strategi pemasaran dan anggaran kos.
Aktiviti: Menggalakkan peserta membina kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam merancang perniagaan kecil. Melalui program ini, peserta dapat meningkatkan keyakinan diri serta minat dalam bidang keusahawanan sejak peringkat awal.
TARIKH : 6 & 7 JULAI 2026
| Program / Aktiviti / Kelas | : DILEA – OPEN TUISYEN MATEMATIK & BAHASA INGGERIS |
| Masa | : 3.30 PETANG – 4.30 PETANG |
| Lokasi | : NADI KAMPUNG TANGGA PLAMAN |
| Peserta | : 1 ORANG PESERTA |
Tujuan: Tujuan Kelas (DILEA) anjuran NADI melalui webinar Matematik dan Bahasa Inggeris adalah untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam kedua-dua subjek, mengukuhkan asas pembelajaran serta membina keyakinan diri melalui penggunaan teknologi digital secara interaktif.
Aktiviti: Selain sesi pengajaran dan pembelajaran melalui Google Meet, aktiviti lain yang dijalankan termasuk latihan interaktif, kuiz dalam talian, sesi soal jawab bersama guru, perbincangan berkumpulan serta pemberian tugasan bagi mengukuhkan kefahaman pelajar.
AKTIVITI FEBRUARI 2017
GOTONG ROYONG Tarikh : 26 Febuari 2017 Masa : 3.00 pm-4.30 pm Lokasi : PEDi Kg Tangga Plaman Tujuan: Menjadikan PEDi sentiasa bersih dan ceria serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim […]
Jadual Aktiviti
JADUAL PROGRAM NOVEMBER 2017 TARIKH PROGRAM 3-4/11/2017 KELAS ICT 5 & 8/11/2017 KELAS KEUSAHWANAN 9-21/11/2017 KELAS ICT 18/11/2017 KDB 26/11/2017 GOTONG ROYONG JADUAL PROGRAM OKTOBER 2017 TARIKH PROGRAM 04/11/2017 KELAS […]
Aktiviti Januari 2017
Kelas Keusahawanan TARIKH: 9 & 10 Januari 2017 MASA: 2.00 petang- 4.00 petang LOKASI: Bilik latihan, PEDi Kg Tangga Plaman PESERTA: Wanita TUJUAN: Membantu golongan usahawan dalam memasarkan produk mereka […]
Soalan Lazim
1. S: Apakah yang dimaksudkan dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Bajet 2013? J: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana […]
Sejarah Kg Tangga Plaman
Kg Tangga Plaman terletak berdekatan dengan Bandar Serian di mana kampung-kampung berdekatan antaranya Kampung Tangga Mawang, Kampung Kakai, Kampung Riih, Kampung Riih Mawang, Kampung Riih Daso dan […]
SAMBUTAN HARI WANITA 2015 DAN PELANCARAN MAKSAK WANITA BAHAGIAN SERIAN
Program: Sambutan Hari Wanita 2015 & Pelancaran MAKSAK Bahagian Serian Tarikh: 7/11/2015 Masa: 7.00 am-5.00 petang Tempat: Taman Komunti Serian Anjuran Bersama: Pejabat Residen dan Pejabat Daerah Serian, […]
I-HEALTH DAY
Program: I-HEALTH DAY Tarikh: 24/10/2015 Masa: 7.30 pagi-5.00 petang Tempat: Balai Raya Kampung Mawang Kawan Jemputan: Pegawai kesihatan Hospital Serian, staf-staf kesihatan Hospital Serian, Klinik Bunan dan Temenggong Lihat […]
Bengkel Keusahawan dan Klik dengan Bijak Bersama Giatmara
Program: Bengkel Keusahawanan dan Klik Dengan Bijak Tarikh: 14 Jun 2015 Tempat: Giatmara, Serian Lihat gambar disini
Program Sempena Kemerdekaan
Program Sempena Kemerdekaan Malaysia Masa: 8.00 am-5.00pm Tempat: PEDi Kg Tangga Plaman Lihat gambar disini


