Taman Rekreasi Ranchan
Terdapat beberapa kawasan pelancongan yang berhampiran dengan NADI Kpg Tangga Plaman. Antaranya ialah Taman Rekreasi Ranchan dimana ia terletak kira-kira 5 kilometer dari NADI. Taman Rekreasi Ranchan diselia sepenuhnya oleh Majlis Daerah Serian. Taman ini berdekatan dengan bandar Serian. Para Pelancongan yang datang dari luar negara akan memilih untuk bermalam di Taman Rekrasi Ranchan.Taman ini amat popular dalam kalangan penduduk Tempatan dan Para pelancong kerana air terjunnya yang bersih dan suasananya yang tenang.
KAMPUNG MONGKOS HOMESTAY
Kampung Mongkos ini terletak di daerah Serian. Dengan adanya homestay ini boleh memperkenalkan masyarakat Bidayuh kepada masyarakat di seluruh negara. Terdapat dua buah rumah panjang yang mempunyai 10 dan 24 buah pintu. Kampung Mongkos ini merupakan tempat pelancongan yang sering menjadi tumpuan oleh orang-orang tempatan bahkan pelancong luar terutamanya pada hari gawai. Jarak di antara Bandar Serian dan Kampung Mongkos kira-kira 38 Kilometer. Homestay ini menjadi tumpuan kerana banyak kemudahan-kemudahan yang boleh diperolehi di homestay ini.
Waktu Operasi
Isnin sehingga Ahad : 8 Pagi – 7 Malam
Kemudahan Asas
- Homestay
- Tempat makan
- Tandas
Aktiviti
- Kem motivasi pelajar sekolah dan pelajar institusi pengajian tinggi
- Mesyuarat
- Beristirehat
- Mandi manda di air terjun
- Pergi ke Bukit Kapal
Alamat
Kampung Mongkos
Jalan Mongkos
94700 Serian Sarawak
Tel : 013-5764003