Penduduk Kampung Tangga Plaman ini terdiri daripada Masyarakat bidayuh,Iban,Cina, dan Melayu. Seramai 95% masyarakat terdiri daripada Bidayuh. Kira-kira terdapat seramai 352 penduduk yang mendiami Kampung Tangga Plaman setakat ini. 65% daripada penduduk di Kampung Tangga Plaman adalah petani . Penduduk di sini menjadikan sektor pertanian adalah salah satu punca rezeki mereka.. Ini kerana struktur semulajadi yang memain peranan untuk punca pencarian rezeki penduduk sini. Sebagai contoh, keadaan tanah yang berbukit menjadi salah satu tempat untuk penduduk kampung untuk padi bukit. Selain itu juga, penduduk Kampung Tangga Plaman menggunakan kawasan yang lapang untuk menanam sayur-sayuran. Sayur-sayuran yang telah matang akan di ambil dan akan di pasarkan. Kebanyakan petani di Kampung Tangga plaman akan menjual hasil pertanian mereka kepada peniaga di Pasar Tani dan Restoran-restoran yang ada di Bandar Serian.