mcmc
Produk Tempatan

Produk Tempatan

PRODUK TEMPATAN

Penduduk di Kampung Tangga Plaman segelintirnya adalah berniaga kecil-kecilan. Kebiasaan mereka yang berniaga ini, kebanyakan peniaga memilih produk tempatan kerana hasil hutan yang sedia ada membantu mereka menghasilkan produk tersendiri tanpa mengeluarkan kos dan modal yang banyak. selain itu,kebiasaannya penduduk warga Kampung Tangga Plaman lebih kreatif dalam penghasilan pelbagai jenis produk dimana produk tersebut ialah pada mulanya berasaskan bahan-bahan yang sedia ada dan juga bahan-bahan yang terdapat di hutan.

Dengan penghasilan pelbagai jenis produk maka dengan ini, secara tidak langsung dapat menambahkan pendapatan sampingan dimana produk tersebut setelah dihasilkan maka akan dijual kepada pembeli mahupun pemborong. sebagai contoh tikar, bakul dan bag yang diperbuat daripada mengkuang adalah antara produk kraf yang menjadi keperluan harian masyarakat suatu ketika dahulu, yang kini ia semakin terpinggir kegunaannya berikutan kemunculan barangan moden. Bagi masyarakat kampung Tangga Plaman, barangan kraf begitu dekat dengan mereka umpamanya tempayan diletakkan di tepi tangga untuk mengisi air bagi membasuh kaki sebelum melangkah naik ke dalam rumah yang sudah tersedia dengan hamparan tikar mengkuang. Sekarang ini amat jarang untuk melihat tempayan diletakkan di tepi tangga jika adapun sebagai perhiasan manakala tikar mengkuang sudah berganti dengan tikar plastik atau permaidani, yang pelbagai corak dan warna. Tambahan pula tidak ramai lagi yang mahir untuk membuat tikar mengkuang atau bakul mengkuang sebaliknya adalah lebih mudah membeli barangan itu yang diperbuat daripada plastik di kedai runcit. Disebabkan jarang melihat atau menggunakannya, ramai terutama generasi muda yang terpegun apabila melihat produk kraf diperagakan di sesuatu pameran kerana kehalusan seni pembuatannya.  Sama ada diperbuat daripada daun mengkuang, daun pandan, rotan, buluh dan tanah liat, produk kraf ini mencuit pandangan dan diakui pembuatnya seorang yang tekun dan kreatif.

             Selain itu juga, peniaga juga menggunakan bahan terpakai seperti  beg plastik yang digunakan dalam kehidupan seharian seperti selepas membeli barang keperluan mahupun plastik-plastik yang dibuang akan tetapi masih dalam keadaan elok,maka sesetengah penduduk khususnya kaum wanita akan mengubah plastik-plastik tersebut menjadi satu gubahan bunga yang sangat cantik. Bahan terpakai seperti surat khabar juga dapat digunakan untuk menghasilkan bakul. Surat khabar lama yang terkumpul di kumpul untuk menghasil bakul yang cantik atau pasu bunga.

    Kedua- Rumpunan buluh yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan kadang-kadang menyebabkan kita berfikir untuk memotong dan membuang buluh tersebut,akan tetapi bagi penduduk Kampung Tanggga Plaman, buluh juga merupakan salah satu mata pencarian rezeki dimana pada awalnya buluh tersebut akan diproses,diwarnakan dan diukir mengikut kesesuaian dan juga bergantung kepada kreativiti mereka dalam menghasilkan pelbagai jenis produk seperti tabung,tempat penyimpanan “handphone”,tempat pensil dan juga tambok kecil dimana tambok tersebut digunakan semasa tarian-tarian tradisional dimainkan.